Pages

Thursday, 20 May 2010

Blog ini di K.I.V. kan..

Blog ini tak dapat hendak diteruskan diatas sebab sebab tertentu, kerna perlu diteruskan pada blog ini dan ini. Terimakasih semua.

Thursday, 25 February 2010

Seminar mengenai M'sia di Washington DC 'tertutup'


Sebuah seminar berprofail tinggi mengenai kehakiman dan kerajaan Malaysia di Washington DC anjuran sebuah badan pemikir terkemuka - Pusat bagi Strategi dan Pengajian Antarabangsa (CSIS) - secara menghairankan - berubah menjadi 'program tertutup'.

Tuesday, 9 February 2010

From Amadeus With Love?


MUNGKIN rata-rata taukeh Cina di Sandakan mengenali dua ‘merpati Filipina’; Faye Pacheko dan Rosella Churchill yang pernah bekerja di Amadeus Lounge, Hotel Sabah di Sandakan. Namun Mantan Pengarah Jabatan Laut Sabah, Benjamin Bernard Bijion dan Merinyu Kanannya, Daning Tuzan juga yang bertuah kerana dapat menjinakkan ‘dua merpati’ ini.

Benjamin dan Daning kelihatan seperti Batman dan Robin yang kelihatan begitu hebat menggoda Merpati Filipina di Amadeus Lounge sehingga lupa kedudukan mereka sebagai pegawai awam yang harus menjaga tata etika mereka, sekalipun selepas waktu pejabat.

Walaupun Benjamin telah berkahwin dengan Rosella di Filipina tanpa pengetahuan isterinya seorang pekerja bank di Labuan dan menyimpan Rosella di Api-Api Center Apartment; namun Daning kelihatan begitu daring dan berani kerana membawa Faye tinggal di perumahan yang disediakan di Jabatan Laut iaitu di Taman Matahari, Sandakan.



Daning dan Faye telah menjadikan kediaman rasmi Merinyu Kanan Jabatan Laut sebagai ‘Rumah Urut’ dan pernah diserbu Polis Anti Narkotik pada 2005 kerana disyaki mengedar dadah dan sarang maksiat.

Akibatnya, Daning dan Faye diusir keluar daripada premis kediaman mereka di Taman Matahari dan terpaksa menyewa di luar.

Seorang kakitangan Jabatan Laut Sandakan yang menghubungi Sabahkini.Net pagi tadi memberitahu bahawa Faye digelar Faye ‘Kung Fu’ Pacheko kerana pernah terajang Daning di khalayak ramai di Lapangan Terbang Sandakan tanpa sebab yang munasabah, dipercayai cemburu kerana Daning mempunyai isteri baru selain isteri pertamanya berketurunan Dusun.

Faye telah beberapa kali menghubungi Sabahkini.Net namun pertemuan bersemuka belum dapat dilakukan kerana Faye sentiasa dibayangi beberapa orang polis cawangan khas yang diupah Daning dan sedang menunggu masa yang sesuai untuk membongkar kejalangan Daning selama ini.

--SAKMAD MAJID Sabakini

Wednesday, 3 February 2010

Kenderaan kitar semula MPK Kemaman



Menteri Besar Terengganu Dato’ Ahmad Said sempena lawatannya ke Majlis Perbandaran kemaman semalam telah melancarkan sebuah kaunter bergerak bagi Majlis Perbandaran Kemaman (MPK).

Tujuan kaunter bergerak itu adalah untuk memudahkan MPK mengutip hasil dari orang ramai secara ‘mobile’ dari satu kawasan ke kawasan yang lain.

Malangnya, kenderaan yang dilancarkan sebagai kaunter bergerak itu adalah sebuah kenderaan yang ‘sudah tidak layak untuk bergerak’.

Bas jenis Optare Pekan Rider dengan bernombor pendaftaran TT7474 yang diperolehi oleh Majlis Daerah Kemaman pada 2 November, 1995 adalah sebuah kenderaan yang telah dilupuskan.

Pelupusan bas mini tersebut telah dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara Negeri Terengganu bagi Tahun 2008.

Dalam mukasurat 56 Laporan tersebut menyebut sebagaimana lampiran dibawah;

Klik gambar untuk dibesarkan.

-bul/online

Tuesday, 10 November 2009

Kemelut di PMBK...Blogger dipecat kerja Notis 24 Jam..

Tengahari tadi sejurus selepas saya tiba ke Kota Bharu dari tugas rasmi di Kuala Lumpur, saya dimaklumkan bahawa kontrak perkhidmatan saya dengan Perbadanan Menteri Besar Kelantan telah ditamatkan dengan serta merta.

Sunday, 8 November 2009

Jangan Tebuk Kapal Kalau Tak Setuju Dengan Kapten


Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata sekiranya ada dikalangan ahli-ahli PAS tidak bersetuju dengan beliau, mereka tidak boleh melakukan perkara yang menyebabkan PAS menjadi rosak.

Thursday, 5 November 2009

PGSM mohon maaf, tarik tuduhan terhadap Dr Asri


Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Mohamad Isa Abd Ralip telah mengemukakan permohonan maaf kepada bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Menurut sumber terdekat, permohonan maaf tersebut dikemukakan melalui Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom.